Mereka Yang Sudi Membaca Tulisanku

Khamis, 31 Mei 2012

Ramai yang masih tak tahu atau buat-buat tak tahu !

Sebab kenapa kain lycra tak sesuai dijadikan baju mahupun tudung..kerana apabila anda memakainya anda masih menampakkan aurat anda..hanya sekadar berkongsi

Isnin, 21 Mei 2012

Rambut sama hitam tapi fesyen lain-lain

rambut memang sama hitam tapi fesyen atau bagaimana cara rambut tu didandan berbeza bukan..orang kata rambut sama hitam hati lain-lain..memang aku setuju sangat sebab semua manusia hanya bertopengkan pada paras rupa tapi di hati siapa yang tahu..


oleh sebab itulah harusnya wujud sikap berjaga-jaga dan jangan memberi 100 % kepercayaan pada orang lain..aku yang kadang-kadang alpa yang selalu anggap orang disekeliling aku baik dan mampu terima aku seadanya selalu terkena dek sikap mereka...


kadang-kadang tatkala kesusahan kita dipinta membantu..namun selepas membantu mereka kenakan kita semua..perlu ke sedemikian???kadang-kadang hati ini sakit kerana bila kebaikan diberi yang diterima hanyalah kejahatan..adakah kita juga perlu membalas dengan kejahatan agar mereka turut merasai apa yang kita rasa???

Khamis, 17 Mei 2012

Agak-agak kalau aku mintak dapat tak???

bestnya....bila baca entry ni dimana Brad Pitt dihadiahkan sebuah helikopter mewah..dengan harga USD 1.6 juta..pergh...memang hebat dan kaya giler..senang-senang jer dapat hadiahkan helikopter mewah...


Wife ada tanya nak hadiah apa untuk birthday tahun ni awal bulan 5 hari tu...agak-agak kalau aku kata nak helikopter mewah cam angelina jolie...agak-agak dapat tak???hahaha..memang tak dapat la..yang dapat hanyalah helikopter mainan jelah..


p/s: tak sabar nak balik semenanjung 25 hb ni..nak celebrate birthday dengan wife..:)

Selasa, 15 Mei 2012

Sesuai buat mereka yang malas mandi..


Tahniah buat ikon kanak-kanak..upin dan ipin..yang kini menyediakan set penjagaan diri tak kira usia..memang hebatlah..terbaik...dulu hanya sebuah kisah bersiri animasi 3d sahaja..sekarang keluar produk lagi..awesome..
Wonderland Primary Sdn Bhd kini tampil dengan koleksi terbaru produk penjagaan diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki berupa Penjagaan Diri Upin & Ipin Aroma Buah-Buahan dan Gula-Gula Kandi.

Ahad, 13 Mei 2012

Gambar | Ibu yang tiada bertangan ini disuap anaknya..

sedih dan hiba tengok gambar ni..tapi si ibu yang tiada tangan gembira kerana mempunyai seorang anak yang sempurna anggota dan sifat...walaupun dia tidak mempunyai tangan dia tetpa membesarkan anaknya itu dengan kasih sayang...tapi masyarakat hari ni...masih membuang bayi walaupun mereka cukup sifat dan anggota..jangan hilangkan kasih sayang antara ibu dan anda...mereka sangat berharga..tanpa mereka tiadalah kita di dunia ini...
Hukum Sambut Hari Ibu Di Sisi Islam

Esok pagi meeting cikgu pra...

esok pagi kena pergi meeting dekat PPD Meradong..semua cikgu Prasekolah..so aku memang kena la jawabnya..Meeting berkaitan pengurusan prasekolah...harap-harapnya tak membosankan la.kalau bosan aku lebih rela layan karenah anak-anak murid pra daripada bosan...meeting tu..hope semua ok la esok..al maklumlah baru pertama kali meeting dengan PPD sebagai cikgu pra..
walaupun ada meeting...kena pergi sekolah jugak..sebabnya ada dokumen nak guna terlupa nak bawak balik time hari jumaat lepas..aduhai..

Ni mesti nak suruh beli baru la ni..

ni mesti nak suh beli baru la ni...maybe sebab dah lama dia berkhidmat..dia nak tunjuk protes la kot...setakat ni dia masuk wad dah 2 kali la kalau tak silap..sakit-sakit biasa tu dah banyak kali la...nasib la kalau sakit biasa tu boleh rawat sendiri jadi tak perlulah masuk wad..kalau tak mau kena bayar cas doktor lagi..alahai..




targedi ni berlaku awal pagi..selalunya dia duduk situ diam-diam jer...tapi entah macam mana sekali tersentuh dia..tap2...pang jatuh..terus angkat dia...on kan..sebab masa tu dia tengah "bersedia" dia tak tidur lagi...dia jatuh dari atas kerusi..tinggi jugak la kan..lepas angkat dia..tengok-tengok bahagian belakang dia dah retak..pecah...sedih jugak la..sebab dah lama dia "kerja" dengan aku..


so ape lagi..on-on nasib dia bernafas lagi..alhamdulillah kalau tak jawabnya beli yang baru la..tapi memang duk angan-angan nak beli baru pun..notebook...ringan dan harga pun mampu jugak la dalam rm 900..tak sampai seribu..tapi bukan dalam masa terdekat la nak beli..bagi kewangan kukuh baru beli.


sekarang ni...belakang dia aku tampal solotip bagi lekat balik..tak mainla solotip biasa-biasa..solotip yang kuat tahap gaban..biar lekat tak boleh buka..semoga kau terus bekerja dengan ku..dalam merealisasikan impian ku..sehingga ke akhir hayat..


masuh tahun ni umur dia dah 5 tahun..semoga dia terus sihat dan dpat berkhidmat dengan baik..tak mo nakal-nakal..

Sabtu, 12 Mei 2012

Filem Pendek | Naskhah Cinta Rasulullah...Serlah bakat pelatih Guru

video ini diriliskan oleh gabungan guru-guru pelatih IPG kampus Perlis..tentang cinta kepada Rasulullah..memang syahdu dan bermakna
selamat menonton..Nak tengok FILEM PENUH KLIK SINI


Tahniah...c.z ucapkan..teruskan kreativiti kalian untuk sebarkan dakwah islam...

Selasa, 8 Mei 2012

Selamat Hari Lahir Sayang

hari ni 8 Mei 2012...hari lahir isteri tersayang..


"Selamat Hari Lahir Sayang..semoga menjadi isteri yang baik..solehah..bertangungjawab.., anak yang taat, dan bakal ibu yang baik untuk anak-anak kita nanti..walaupun kita jauh ingatlah bahawa suami mu ini senantiasa merindui mu...setiap masa dan ketika"
salam sayang..suamimu yang kejauhan..


p/s: rindu sangat sama kamu isteriku.tak sabar tunggu 25hb ni...

Isnin, 7 Mei 2012

Dia insan terindah dalam hidup ini

semua orang pernah bercinta dan cinta yang indah ialah apabila cinta itu disatukan dengan ikatan yang sah dan halal...cinta yang sejati hanya berteraskan kepada yang Esa dan berlandaskan ajaran Islam

Namun cinta menjadi lara apabila dicampuri dan diaguli dengan perkara-perkara yang melalaikan..ramai muda mudi sekarang lebih suka berpasang-pasangan..andai ingin bercinta berkenal terlebih dahulu..kenal hati dan budi..andai merasai dia yang terindah dalam hidup mu...nikahilah dia dengan cara yang halal..kerana pabila sudah berkahwin semuanya HALAL bagi kamu berdua..dan belajarlah untuk menerima seadanya antara satu sama lain kerana tidak semua manusia dijadikan sempurna...


p/s: tengah malam ni birthday dia yang terindah..masih tercari ayat2 cinta utk dilafazkan..

Jangan Ingat Tak De Expired Date

Perhatian kepada ibu-ibu dan bapak-bapak..mesti ramai yang tak tahu pasal benda ni sedangkan tiap-tiap hari pakai...eh benda apa???tong gas la..betul la kan pakai tiap-tiap hari..yelah sebabnya suka masak..tapi tahu ke macam mana nak semak bila expired date si tong gas tu...

Senang je..
Di salah satu sisi selinder gas expiry date akan dikodkan secara alpha-numerical seperti berikut;

A , B , C atau D Diikuti dua digit, contohnya D06.

Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun:

A  = March ( Suku pertama ),

B  = June (Suku kedua ),

C  = September ( Suku ketiga ),

D = December ( Suku keempat ). 2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu 


p/s: jangan hanya tahu guna saje...

Ahad, 6 Mei 2012

Ibu Menangis depan kamera...perlu ke??

maaf aku bukan niat nak menyibuk...tapi kenapa perlu buat macam tu...
kenapa pihak media sengaja memperlihatkan seorang ibu yang menitiskan air mata kerana seorang anak...adakah kerana mainan politik atau pun ada agenda lain..


Andai politik agendanya...cukuplah..kenapa perlu membuka aib seseorang??
Andai aib eloklah ditutup..bukannya dihebahkan kepada semua..
Sekiranya apa yang disiarkan itu hanyalah fitnah..apakah dosa fitnah itu sanggup kita tanggung??


renung-renungkan...


Nak tau isu apa??ISU NI jer

Setiap Hari Membilang Hari

setiap hari membilang hari...hari yang dinantikan 25 Mei 2012...
setiap kali membuka handphone samsung dan sony ericsson yang dibuka hanyalah kalendar..membilang minggu...baki untuk ke tarikh itu setakat detik ini ialah 3 minggu...
tak sabar bertemu dengan isteri tercinta yang terpaksa ditinggalkan kerana urusan kerja ku..
ku kan terus membilang hari..


"Ya Allah kuatkan dan tabahkan hati ni dalam mengharungi kehidupan ini,berilah yang terbaik"

Kalau jadi..pasni guna lebuhraya free jelah

Eh betul ker???masih dalam perbincangan...Bagus ape...kalau jadi...mesti nak tau kan ape benda la yang nak jadi tu..tak la ni berkaitan dengan pemansuhan bayaran tol di beberapa buah tol...ish..kalau jadi memang best la...senang nak pergi mana-mana...cepat dan jimat..tak payah nak spend sampai beratus sekali naik lebuhraya...hanya budget kan untuk duit makan dan minyak...settle

tapi masih dalam perbincangan...yang peliknya bukan kerajaan yang suruh syarikat tol tu mansuh dan kurangkan kadar...tapi syarikat tol tu sendiri yang nak turun dan mansuhkan...terbaik la...nasib jugak korang pikir yang rakyat Malaysia ni tak semua bergaji lebih daripada 3 ribu...nak bayar kereta, rumah, makan, anak bini..memang sakit la..

Kalau jadi memang aku tabik la kat syarikat konsesi..cuma jangan bila tol takde atau kurang..harga barang nak naik tak mau melambung-lambung..

Sabtu, 5 Mei 2012

Astro Minta Maaf

masih lagi tentang Majlis Pernikahan Scha dan Awal yang sebelum ni diwar-warkan leh Asro Ria untuk ditayangkan secara langsung...namun ianya gagal...bukan senang nak buat liputan secara langsung...memang dah rancang tapi kalau dah ditakdirkan untuk gagal nak buat macam mana kan...

“Saya mewakili pihak Astro Ria dan Astro amat kesal dan memohon maaf kepada semua penonton atas gangguan siaran langsung majlis pernikahan Scha dan Awal pada malam tadi (malam Jumaat).

“Ia adalah kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan. Sehingga kini kami masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar masalah itu,” -Raqim Ahmad Ramli, Pengurus Saluran Astro Ria...

Solusinya dan cara Astro minta maaf ialah:
“Bagaimanapun, kami akan menyiarkan semula rakaman majlis itu pada pukul 8.30 malam ini (Sabtu) di Astro Ria dan mungkin juga akan siarkan ulangan program itu dari masa ke semasa sebagai tanda kekesalan kami terhadap apa yang berlaku,”

Jumaat, 4 Mei 2012

tahniah buat Awal & Scha

tahniah buat pelakon Awal Ashaari dan Scha Al Yahya yang baru sahaja diijabkabulkan sebentar tadi...di Puttrajaya..semoga perhubungan yang dibina kekal selamanya...


24 tahun sudah....

Salam semua..
hari ni 4 Mei 2012...dan jam sekarang tunjuk jam 1035 malam. lagi 1 jam 25 minit c.z akan menyambut ulangtahun ke 24 tahun...dah tua. jap je masa berlalu..asal dari tapak kaki sebesar tiga jari..sekarang tapak kaki dan besar bertapak-tapak..


asal tidak tahu apa-apa..tidak kenal abc..sekarang sudah kenal abc malahan sudah menjadi seorang guru prasekolah..time for me to teach other kids...


asal hanya bawak ke sekolah 30 sen sahaja..sekarang dah boleh pegang duit beribu-ribu..


asal dulu hidup pikir tentang diri sendiri saje...sekarang dah ade isteri...dah tak sendiri lagi..tak lama lagi dapat "orang ketiga" pulak.bukan wife baru tapi anak la...


cepat dan laju pulak masa berjalan..tak terasa...tepat jam 12 pagi nanti c.z akan berumur...24 tahun..


terima kasih kepada bonda tercinta, kakanda tersayang dan isteri yang dicintai....kalian semua amat bererti buat diri ini..terima kasih banyak-banyak.