Mereka Yang Sudi Membaca Tulisanku

Rabu, 13 Jun 2012

Tender..Hanya Menguntungkan Sebelah Pihak Sahaja

Salam semua...hari ahad lepas baru sampai dari semenanjung setelah bercuti selama 2 minggu bersama isteri tersayang...2 minggu amat bermakna walaupun sekejap jer...


berbalik kepada apa yang nak dibincangkan..tender..perlu ker ? Dalam kerajaan banyak benda yang guna tender..beli barang..buat bangunan...tetapi adakah berbaloi dengan penggunaan tender ni??



tender ni sebenarnya untuk memilih pembekal atau kontraktor yang sesuai dengan harga yang berpatutan..tapi sekiranya tender yang diberi itu dilihat lebih mahal daripada harga normal..adakah penggunaan tender itu bermakna??atau ianya menguntungkan pihak tertentu yang menjual dan mendapatkan untung berlipat kali ganda???


situasinya..ialah tender melibatkan pembelian alat tulis di sekolah..dimana apabila diteliti senarai harga tender dilihat ianya jauh beza dan lebih mahal berkali-kali ganda daripada harga asal..


sebagai contoh
Harga normal @ pasaran sebiji telur ayam : RM 0.30
harga Tender : cuba anda teka??


harganya ialah RM 0.60 dan kadang-kadang boleh mencapai sehingga 90 sen...adakah ia berbaloi?


contoh kedua ialah pensil warna...
harga normal : sekitar RM 3-4
harga tender : sekitar RM 8-9


bukankah disini dilihat penggunaan tender tidak memberi apa-apa manfaat???atau terdapat beberapa pihak yang terlibat dalam meluluskan tender tertentu dan mendapat "suapan" pada nilai tinggi bagi membolehkan tender yang ditawarkan diterima walaupun ianya lebih mahal dan kualiti hanyalah biasa sahaja.


yang menjadi mangsa ialah rakyat malaysia sendiri terutamanya murid-murid dimana peruntukan yang disediakan hanya dapat dinikmati tidak sampai 70 peratus dan selainnya di"makan" oleh individu tertentu...


so apalah guna lagi penggunaan tender sekiranya ianya tidak memberi manfaat sepenuhnya dengan jumlah peruntukan sebenar...
kita memberi "makan" mereka yang tidak sepatutnya...melalui tender

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANDA KOMEN???TERIMA KASIH DAUN KELADI

JOM FOLLOW>>BLOG RELAKS BERSAMA CHEGU ZUBIR!!!.KLIK SINI!!

FOLLOW SINI JOM-GOSIP ARTIS TERHEBAT DAN TERKINI!!.KLIK SINI!!

VIDEO HEBAT DAN COOL DARIPADA YUNA!!!.KLIK SINI!!


HAVE A NICE DAY... :)