Mereka Yang Sudi Membaca Tulisanku

Khamis, 30 Ogos 2012

Gambar | Mee Segera Sejuk Keluaran Jepun


Mee Segera boleh dikatakan sebagai makanan ruji bagi masyarakat di Jepun.
Namun sejak Jepun yang mengalami kekurangan kuasa bekalan elektrik akibat penutupan tenaga nuklear pada musim panas lalu, pelbagai usaha dibuat untuk mengurangkan tenaga elektrik.
Nissin Keluarkan Mee Segera

Oleh itu jenama mee terkenal, Nissin telah dilaporkan sedang memasarkan mee segera versi sejuk untuk menjimatkan tenaga elektrik di Jepun.
Versi sejuk ini dibuat daripada pencampuran ais yang banyak ke dalam mee yang disediakan dengan cara biasa.
Ini membuatkan mee sedikit kenyal dan apabila dimakan rasanya masih sama seperti kemasinan sup yang biasa.
Produk baru ini jelas menjadi satu keperluan di Jepun akibat mengalami kekurangan kuasa yang serius.
Selepas krisis Fukushima, nuklear dihentikan pada 11 Mac 2011 semasa gempa bumi dan tsunami melanda.
Penggunaan penyaman udara juga dihadkan bagi mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.
Ini menyebabkan mereka mendidih mee dan kemudian menyejukkan mee dengan ais beku.
Kekurangan tenaga elektrik amat ketara di sebahagian Tokyo dimana banyak kedai-kedai telah mengurangkan penggunaan penyaman udara.
Beberapa bangunan tinggi turut menghentikan operasi lif. Ia menjadikan suatu pengalaman yang sangat tidak menyenangkan bagi rakyat disana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANDA KOMEN???TERIMA KASIH DAUN KELADI

JOM FOLLOW>>BLOG RELAKS BERSAMA CHEGU ZUBIR!!!.KLIK SINI!!

FOLLOW SINI JOM-GOSIP ARTIS TERHEBAT DAN TERKINI!!.KLIK SINI!!

VIDEO HEBAT DAN COOL DARIPADA YUNA!!!.KLIK SINI!!


HAVE A NICE DAY... :)