Mereka Yang Sudi Membaca Tulisanku

Isnin, 24 September 2012

Gambar | Peniaga Iphone 5 Jual Semula Pada Harga Tinggi

Pelik dengan manusia zaman yang sanggup mengeluarkan banyak wang untuk memenuhi keinginan diri walaupun u can afford in low price. ini berkaitan dengan harga iphone 5 yang baru saja dilancarkan dan di malaysia akan tiba tak lama lagi. Khabarnya pelancaran di Hong Kong sangat best dan ada ceritanya disebalik itu...



HONG KONG – Beberapa orang menjual semula iPhone 5 pada harga yang tinggi selepas mereka membelinya di sini semalam.
Menurut seorang penjual yang hanya mahu dikenali sebagai Suen, dia membeli telefon bimbit itu pada harga HK$8,000 (RM3,154.23).
Dia kemudian memberitahu, telefon itu kemudian dijual kira-kira HK$9,000 (RM3,542.22) hingga HK$10,000 (RM3,941.05).
Suen bekerja di sebuah kedai gajet menyebabkan dia mudah untuk menjual semula telefon bimbit tersebut kepada para pembeli.
Harga normal telefon bimbit itu bermula pada HK$5,588 (RM2,202.26) di kedai-kedai syarikat Apple yang merupakan pengeluar telefon tersebut.
Menurut Suen, keuntungan segera boleh diperoleh sebanyak HK$3,000 (RM1,182.54) untuk setiap satu iPhone 5 yang dijual.
Dia berjaya membeli 15 unit iPhone 5 dalam tempoh sejam walaupun Apple menghadkan hanya dua unit telefon sahaja.
Kebanyakan kedai yang menjual semula telefon tersebut terletak tidak jauh dari kedai Apple.
Telefon bimbit itu turut dijual buat kali pertama kepada pembeli di Amerika Syarikat, Britain, Kanada, Perancis dan Jerman semalam.
iPhone 5 lebih ringan, mempunyai skrin lebih besar, perisian yang terkini dan pemprosesan yang lebih pantas.
Ramai pembeli di Tokyo, New York, Sydney dan London sanggup berbaris di luar kedai Apple untuk membeli telefon tersebut. – Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANDA KOMEN???TERIMA KASIH DAUN KELADI

JOM FOLLOW>>BLOG RELAKS BERSAMA CHEGU ZUBIR!!!.KLIK SINI!!

FOLLOW SINI JOM-GOSIP ARTIS TERHEBAT DAN TERKINI!!.KLIK SINI!!

VIDEO HEBAT DAN COOL DARIPADA YUNA!!!.KLIK SINI!!


HAVE A NICE DAY... :)